Ibu Liza kerja kat SCN PPUM tempat dimana daniel ditempatkan mula2 lahir dulu. Mama amat berterima kasih pada ibu sebab sudi menyusukan Daniel hampir sepanjang masa Daniel berada do SCN. Dengan susu ibu yang diberikan,dapatlah Daniel membesar dengan sihat. Ketika itu mama tengah berjuang untuk hidup di ICU. Cuma papa je yang bagitahu bahawa ada staff SCN yang sudi menyusukan Daniel. Mama tak dapat berikan susu sepenuhnya pada Daniel. Seingat mama cuma sempat beberapa hari jer itupun cuma sedikit( atas usaha papa yang memerahnyer). Keadaan mama yang kritikal tidak membenarkan mama menyusukan sendiri anak mama. Ibu juga seorang ibu kepada Danish Ikhwan tapi anak ibu dijaga oleh opahnyer di perak. Daniel belum bepeluang untuk bertemu dengan abangnya.
Terima kasih Ibu Liza..harap hubungan yang terjalin ini tidak akan putus.
4 comments:
aku ni mula la nak menangis.. so touching.. ada lagi wanita berhati mulia sanggup susukan Daniel masa ko tgh kritikal.
Atul, aku lagik sedih sbb tak dapat susukan sendri tapi amat berterima kasih kat ibu liza ni sanggup susukan daniel..
Semoga diberkati usaha dan jasa murni ibu susuan daniel
fieda,
itulah..kak matun terharu sgt bila boboy bgtahu ada org sanggup susukan daniel...
Post a Comment