Sekadar ingin berkongsi..
email nih mama dapat dari kawan mama..ermmm mama darah B...apa personaliti mama yea..Papa plak darah O..big OOOOO hehehhehe
Daniel?? mama tak tahu sebab doc tak check apa blood type Daniel...
Adakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkanpersonaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institutdi Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yangmengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaranterdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsirahsia mengenainya?
DARAH 'O ' Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkansebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadapkeupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu darikategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apajua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerjaberkumpulan.Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapaimatlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamudikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu jugaterlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikantekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebihbijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.
DARAH 'A ' Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamugemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemarmelibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul denganindividu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasasenang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, danbertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamutergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadianpenyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalukuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untukberehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangankerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pulayang terabai.
DARAH ' B' Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesadengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yangterlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara.Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemarmelaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yangkreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan dirisendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu,mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkankelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.
DARAH 'AB ' Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelasterpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darahberjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untukberdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun adasatu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri.
No comments:
Post a Comment