Monday, August 3, 2009

Petua dari Bonda untuk Ibu - ibu sedunia!

Mama dapat ni dari email..Tak salah kita panjang2 kan ....selalu jugak mama cakap2 ngan daniel sewaktu dia tido..memang mama harapkan semua nasihat tu masuk ke jiwa dan ingatannya...akan mama buat setiap malam....
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari ibu saya:
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru> kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan> berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan> kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......

4 comments:

zealvia said...

petua mcm ni kan kalo ku google matsalleh punya tu mmg ada...tp vesion meka lah...

kiranya tips turun temurun lah ni..

insyaallah akanku amalkan sampei ryn tua esok.

CAK said...

thanks for sharing.. dah lama aku tau, tp x consistent. plg kerap buat yg ya latif tu..ngn bace surah al-insyirah (surah pelindung).niatkan utk the whole family..

Faris Daniel said...

zea & ana

aku pon tahu dah lama cuma kadang buat kadang dak..sbb aku tertido dulu dr daniel huhuhu
ana: aku pon buat yg Ya Latif tu gak...bg daniel lembut hati...
kalau ada doa2 lain yg patut diamalkan share eik....

Azman & Azian & Zoey & Ryan said...

Saya akan mencuba....