Showing posts with label general. Show all posts
Showing posts with label general. Show all posts

Monday, August 3, 2009

Petua dari Bonda untuk Ibu - ibu sedunia!

Mama dapat ni dari email..Tak salah kita panjang2 kan ....selalu jugak mama cakap2 ngan daniel sewaktu dia tido..memang mama harapkan semua nasihat tu masuk ke jiwa dan ingatannya...akan mama buat setiap malam....
Ramai ibu bapa kadang-kala terlalu tertumpu dengan tugas seharian sehingga lupa untuk menasihati anak-anak ketika anak sedang tidur. Ini ada satu petua dari ibu saya:
1. Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.
2. Membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali
3. Bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru> kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan> berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan> kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya
4. Apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.
5. Ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak. Cubalah petua itu dan insya allah kesannya akan anda dapat lihat sendiri.
Selamat mencuba......

Wednesday, July 1, 2009

IkAn BaKAr FEND!

Ni bukan nak iklan...tak dapat upah pon hehehe
tapi saja nak hebahkan heheh..mula2 mama tgk WARUNG KITA kat AStrO Ria tu..si Farouk tu duk makan ikan bakar kat sini..rasa kecur plak...cam best huhuhu
Pastu baca plak review kat blog Pak Adek pasal ikan bakar FEND ni...terus mama ajak Pak Adek makan sini
saje nak test try hihihi
Kami gi waktu lunch hari Sabtu lepas..pusing2 gak cari parking
Perut dah lapar..kita order dululah..makan then baru citer eh..hehhehe
Bang, saya nak order es kacang satu hehehe
Si kecik ni kecoh gak walaupon taknak makan sangat ( sbb dia dah pulun bubur dah kat umah tadi) mata dia ngantuk tu heheheh
tapi mama order jelly buah tuk dia seperti gambar dibawah nie...ingatkan ok ler jelly nyer,tapiiiii..liat sgt jellynyer so takut daniel ni tercekik..mama n Pak Adek yang habiskan hahaha
bagi dia sket2 jer...Muka dia bengang jer..orang tak suapkan dia huhuhu
Dalam jelly ni ada buah2 seperti laici, nenas dan juga isi kelapa laut...ermmm mama tak suka sangat desert nie tapi mama tengok ramai jer yang order...
mama rasa kalau takde jelly tu ok kot hahaha...tak bestlah..ala2 kata adek..cam berlendirrr jer hahaha

Hah..dah dapat nasi..kita makan ler..mama amik ikan pari...ulam daun selom...Hidangan dia macam gambar kat atas lah..ada nasi..ada ikan..kuah 2 jenis..satu asam..satu lagik kuah asam pedas..
Air kaler biru tu actually air lemon berselasih..tapi spoilla..ada jelly gak so mama tak suka lah
lenkalik kalu mama nak order air nie...without dat jelly..ishhhh...
Pak Adek amik ikan pari gak...air bandung cincau..yang bestnyer..kat atas bandung cincau tu dia letak es batu kisar...nampak bestlah hihihi..

Memang ramai giler orang datang makan..kalau hari bekerja..agaknyer macam ni gak kot..
nama pon ikan bakar FEND tapi still ada ayam bakar dan sup tulang kot..
ikan yang ada macam ikan pari, ikan kembung, talapia, keli dan ikan jaket aka cencaru....
ulam2 pon ada...
harga?..not bad...
kami kene RM 20 jer...
Ermm papa balik nanti nak ajak papa makan nie lah...

Lupa plak nak bgtahu..kedai makan ni kat belakang Giant Mall Kelana Jaya tu...kat ngan shop lots baru...




Friday, June 5, 2009

SeMua LelaKi PerLu Tahu....

Untuk kaum lelaki bernama SUAMI & rujukan untuk kaum ISTERI - Dr. Fadhilah Kamsah
1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2.. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telingaluas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dantersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memprosesinformasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau carai steri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda.
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih.Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.I thought wives are only supposed to provide that service, bukannya jaga anak, masak, mencuci dan sebagainya!
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benihdari awak juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing nberak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relaxsedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masukdapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya... Berbulu matadan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskanrumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh. Frust, tau tak!
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu,kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri
kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong jimatkan perbelanjaan keluarga)
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yangsemakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermindulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh,jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami "degil" tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkandalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah,bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatubarang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat kenak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali.Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteripun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapidiputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan dirisendiri.
17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate,jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur?Jiran sebelah rumah awak?
19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya. Jangan sampai isteri nak mampus pun tak perasan.
20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat.Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan salingmenghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku biladah mati nanti.
21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.
23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati.Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah,perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.Allah s.w.t. berfirman"Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu,sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan"
P/S: baca ni sebagai panduan dan ingatan tuk kita juga kaum wanita..

21 June 2009 - Hari Bapa

Hari Ibu disambut meriah setiap tahun. Tidak ramai yang menyedari hari kewujudan bapa atau bila tarikh sebenar hari yang tidak kurang pentingnya ini. Tiada tokoh Bapa Mithali atau Bapa Soleh sepertimana anugerah yang diterima oleh kaum ibu setiap tahun.
Tidak dinafikan pengorbanan bapa sememangnya besar. Perkara penting untuk melahirkan keluarga bahagia terletak kepada kepimpinan bapa. Hal ini meliputi keupayaan mendidik, menjaga keselamatan, memberi kasih sayang, menyara keluarga, dan mempertahankan maruah. Justeru pengorbanan bapa tidak ternilai harganya.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan Tuhanmu memerintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.” (Surah al-Isra’, ayat 23)
Hari Bapa yang hadir pada bulan Jun setiap tahun tidak harus dibiarkan tanpa pengisian yang bermakna. Sebagai anak kita sememangnya dituntut untuk menghargai jasa dan pengorbanan bapa yang membesarkan kita selaras dengan firman Allah:“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmat-Mu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam (yang tunduk patuh kepada-Mu)”. (S. Al-Ahqaaf: 15)

Wednesday, May 27, 2009

TaHU tAK UMuR KitA DaLaM BulaN IsLam?

Tahu Tak Berapa Umur Kita Dalam Bulan Islam
Sekadar renungan dan 'muhasabah' diri dari lanjutan ilmu 'TARIKH LAHIR' dan perilaku kita sebagai hamba di muka bumi ini. Sampai-sampaikanlah .
PERILAKU BERDASARKAN TARIKH LAHIR ISLAM HIJRAH
Sekiranya anda mengetahui pada bulan Hijrah anda dilahirkan, menurut pengetahuan tradisional bulan itu mempunyai pengaruh yang tersendiri terhadap perilaku. Dicatatkan bagi menambahkan pengetahuan
MUHARRAM :Bersifat pendiam, sihat fikirannya.
Mungkin akan menjadi bodoh jika tidak mendapat didikan yang sempurna, walaupun begitu, jika dididik dengan baik, dia boleh menjadi cerdik kerana bakat fikiran yang pintar cerdas ada padanya. Dia mempunyai keinginan yang baik dan selalu berada dalam selamat.
SAFAR :Tabiatnya buruk.
Dia tidak suka mengakui kesalahannya.
lbubapanya perlu mendidiknya bagi menghilangkan tabiat buruk itu, jika tidak, kehidupannya akan menjadi susah di kemudian hari.
Walaupun begitu, sekiranya dia melakukan sesuatu untuk kepentingan dirinya, selalunya ianya akan mendatangkan hasil.
RABIULAWAL :Perwatakannya baik.
Mungkin dia akan mendapat pangkat besar, menjadi orang berpengaruh atau kaya tanpa diduga. Dalam pekerjaan ramai yang suka.
Sifat negatif dirinya termasuklah kurang sabar, hatinya keras dan mudah marah.
RABIULAKHIR :Perwatakannya jahat. Hatinya tidak tetap.
Fikiran dan kemahuannya lemah, buruk nafsunya, kasar wataknya, mudah mengangkat tangannya. Kehidupannya menjadi sukar kerana tabiat buruknya itu.
Ibubapa menempuh kesukaran dalam mendidiknya.
JAMADIL AWAL :Dia mempunyai tingkat keyakinan yang tinggi.
Dia berani dan nekad, kadangkala melakukan sesuatu yang bodoh atau bahaya.
Walaupun begitu, keberanian dan tekadnya itu akan menunjukkan hasil usahanya, yang menemui kegagalan juga.
JAMADIL AKHIR :Wataknya berani, dia hormatkan orang lain.
Berbagai kepandaian ada padanya. Apabila dia tahu bahawa dia salah atau keliru maka dia mudah mengakuinya, tapi bila dia tahu dia benar, pendiriannnya keras dan tidak mahu mengalah.
Semasa kecilnya, ibubapanya perlu mendidiknya dengan baik agar terserlah sifat-sifatnya yang baik itu, kerana jika betul didikannya, masa dewasa ia akan menyenangkan kedua orang tuanya.
REJAB :Semasa kecilnya dia degil dan nakal. lbu bapanya patut mendidiknya dengan baik agar dia dapat menerapkan nilai-nilai yang baik.. Ketika sudah dewasa, dia suka bersikap merendah diri dan bersikap tidak tahu menahu.
Ini agak berlainan dari sikapnya semasa kecil. Walau bagaimana pun hidupnya selamat dan sentosa.
SYA'ABAN :Perwatakannya baik.
Hidupnya selamat dan rezekinya tidak putus-putus.
Sewaktu kecilnya dia mudah mengalah semasa bermain dengan kawan-kawan.
Kelakuannya baik, berbudi bahasa hingga semua orang sayang padanya.
Masa dewasanya dia akan berjaya dalam segala kerjayanya dan mudah mendapat rezeki.
RAMADHAN :Dia baik, pendiam, suka merendah diri.
Dia tidak angkuh kepada teman yang dikenalinya.
Dia tidak suka menonjolkan diriya.
Kehidupannya selalu selamat.
SYAWAL :Perwatakannya keras.
Hatinya keras.
Dia tidak suka dikalahkan oleh orang lain.
Hal ini membahayakan hidupnya, oleh itu ibu bapanya perlulah mendidiknya dengan betul bagi menghilangkan tabiat buruknya itu.
Jika tidak kehidupannya menjadi susah kerana perangai keras hatinya, dan dia selalu bergaduh terutamanya dalam hal mencari rezeki.
ZULKAEDAH :Perwatakannya pendiam.
Banyak perkara baik pada dirinya berubah menjadi buruk.
Dia banyak berfikir, kerana sifat ini, satu hari nanti dia akan mendapat hasil yang baik dalam kehidupannya.
Tetapi oleh kerana banyak berfikir, perbuatannya kadang kala menjadi keliru..
Dia seharusnya bertindak tanpa terlalu banyak berfikir untuk mendapat hasil yang yang memuaskan.
ZULHIJJAH :Jika dia jahat dia terlalu jahat, jika baik terlalu baik pula.
Dia sering mendapat padah dari perbuatannya sendiri.
Dia sukar mengawal perasaannya, kadangkala terlalu berlebih-lebihan atau sebaliknya.
0leh kerana dia tidak dapat memberikan garis pemisah, dia sukar mempertimbangkan baik buruk perbuatannya. Dia seringkali menyesal kerana kurang hati-hati dan kurang pertimbangan
Mama buat kira- kira dan result untuk kami adalah:-
Papa
Lahir pada 27 Rabiulawal 4101 bersamaan 02 Februari 1981.
Pada hari ini, umur Papa adalah
28 tahun 3 bulan 23 hari
bersamaan 10341 hari
Mama
Lahir pada 27 Rabiulawal 1398 bersamaan 07 Mac 1978
Pada hari ini, umur Mama adalah
31 tahun 2 bulan 22 hari
bersamaan 11404 hari
Daniel
Lahir pada 11 Jamadilawal 1429 bersamaan 17 Mei 2008
Pada hari ini, umur Daniel adalah
1 tahun 9 hari
bersamaan 375 hari

Iklan..iklan

Senarai Bidan dan Rawatan Mengurut Selepas Bersalin Di Sekitar Selangor
Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) . Tel : 03-31687149 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu berbidan secara turun temurun dari nenek dan ibunya.) Urutan cara lama yang sangat efektif.
Cik Bedah (Sungai Ramal, Kajang). Tel : 03-87349281 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Cik Bedah) - sumbangan Izan Ismi
Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006.(rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut) - sumbangan Izan Ismi
Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 . Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.
Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449. Rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu berbidan dari ibunya) - rujukan The Star
Puan Ani ( Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani)
Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel : 03-83195090. (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Dia takde transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu) - sumbangan Ezad Hasshim
Puan Ramlah (Parit baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel : 03-32137496 (rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah)
Mak Cik Nab ( Taman Melati, Gombak). Tel : 03-41075585 (rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). Sumbangan Abang Rie & Kak Imah
Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel : 012-3166074. Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)
Makcik Ramlah, Kuang, Sg Buloh, Selangor. Tel : 017-3763381 / 03-60371204 - sumbangan ailin
Kak Timah, Bandar Baru Sg Buloh. Tel : 03-61565421 - sumbangan ailin
Kalsom bte Saat, Lot 2138, Jalan Persiaran Hamzah Alang Meru, 42200 Meru Klang. Tel : 019-3636657. (rawatan mgurut selepas bersalin n pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara jawa. Untuk khidmat lain yg bkaitan,sila tanya mak som - sumbangan eisya
HUZAIMAH MOHAMAD. Tel : 014-3286478 - No.43, Lorong Tepi Sungai 3, Taman Kota Jaya, 41100 Klang, Selangor - sumbangan Kyra
Kak Esah Tel : 016-3908180 - dia boleh ngurut org bersalin, nak zuriat, dan ngurut seluruh badan atau bahagian2 tertentu. Bertungku dan bertagas juga boleh, serta mandi. Kak Esah ni dekat Batu Caves, jalan nak ke Ulu Yam. Urutan dia sedap..best sangat...tak terlalu kuat terutama bagi yang tak biasa mengurut.
Nenek Melah - Tel : 0192054640. Bidan ni orang panggil Nenek je..dia boleh ngurut untuk dapatkan zuriat, berkesan sangat...tapi dia tak ngurut untuk lepas bersalin. Dia jugak arif bab-bab lain.
Pn.Su - Tel : 012-2844859 019-3183829 (Prima Saujana Kajang dan kawasan sekitar) mana-mana pun boleh murah dan sedap!! urut bersalin, penjagaan ibu dan bayi dalam pantang, urut badan, mengubati bayi menangis malam,mandi bunga..rawatan di buat dirumah pelanggan utk lebih privacy. - Sumbangan Isra Mazlan
Bidan Jah (Ustazah Jah) - Tel : 016-3414577. Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - sumbangan Hamidah Shamsuddin
p/s: Mama juz tolong iklan jer..dapat dari email member. Mana tau kot2 ada yang memerlukan. Sila telefon dulu untuk kesahihan yer.

Wednesday, April 15, 2009

AlerT!!TsUNami....

Email Mama dapat dari kawan mama..sumber sebenar tak dapat dipastikan tapi apa salahnyer kita berjaga2 kan..Mama teringat masa Tsunami yang melanda negara kita dulu..masa tu mama dan 4 rakan ROTU mama pergi bercuti kat Tanjung Bidara, Melaka...Asalnyer kami nak gi ke Kuala MUda..rumah jurulatih kami..Koperal bersara( heheheh) Halim...tapi berubah ke Melaka..Memang air laut keruh semacam tapi manalah kitorang nak dengar brite ke tengok tv ke kan...so on the way balik baru bukak radio dan tahu berita ni..memang terkejut betul..mujurlah tak melanda Selat Melaka( Tanjung Bidara)..cuma kat belah utara je..Alhamdulillah kami tak ke Kuala MUda..kalau tak..tatau nasib kami..Nauzubillah...
So ini adalah kandungan emailnyer....

Below is the content on the message:
“Hello there. I just wanted 2 let you know that please stay away from the beaches all around in the month of July. There is a prediction that there will be another tsunami hitting on July 22nd. It is also when there will be sun eclipse. Predicted that it is going 2 be really bad and countries like Malaysia (Sabah & Sarawak), Singapore, Maldives, Australia, Mauritius, Si Lanka, India, Indonesia, Philippines are going 2 be badly hit. Please try and stay away from the beaches in July. Better 2 be safe than sorry. Please pass the word around. Please also pray for all beings.”
Risaunyer mama..Ya Allah Lindungilah kami semua dari sebarang bencana..amin

Tuesday, February 24, 2009

A.L.P.H.A.L.I.P.I.D.

Mama nak kongsi info yang mama dapat dari Mesra.net
Alpha Lipid ni mama dah dengar banyak kali orang promote kat mama supaya mencuba produk ni. So mama google dapatlah info sikit. Dari testimonial yang mama baca nampak macam berkesan lah susu lembu nih..Mungkin mama nak cuba..ye mana tahu kesihatan mama akan bertambah baik..takkan nak bergantung ngan ubat je kan..Mari baca ni...


Apa itu Alpha Lipid LifeLine?

ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ Diimport terus dari syarikat New Image International, New Zealand, pengeluar kolostrum terbesar di dunia dan Pemenang Anugerah Eksport New Zealand 3 tahun berturut-turut. ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ dapat Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit dan dijamin HALAL.
SUSU ALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ adalah kolustrum kuality tinggin (grade10) dengan formula unit lebih mudah diserap cepat dan berkesan 100% ke dalam system penghadaman berbanding kolostrum jenama lain.
Anda Mempunyai Masalah Kesihatan?Keberkesanan product ini dalam mengubati bermacam-macam penyakit seperti: Asma,Arthritis,Allergy,Buasir,Bisul,Buah Pinggang, Ezema, Fybroid, Gout, Gastrik,Haid,He patitis B/C,Jerawat,Jangkitan Kuman, Kayap, Kanser, Kencing Manis, Keletihan,Leukimia,Masalah Paru-Paru, Masalah Usus,Migrain,Resdung,Stroke/Lumpuh,sakit Kulit, Ketumbuhan, Thyroid, Demam Campak, Jantung,TB,Parkinson,Ulser,Lemah Tenaga Batin,Stress,Bersalin/Wanita Mengandung,Sakit Tua,Masalah Haid/Kesuburan,Ahli Bina Badan,Dapat Meningkatkan Daya Ingatan/IQ,Awet Muda,Kekurangan Oksigen Dalam Darah dan banyak lagi yang telah membuktikan Product Susu Kolostrum Alpha Lipid Dapat Mengubati bermacam-macam penyakit dengan amalan memakan Susu Kolostrum Alpha Lipid dengan Izin Allah..InsyaAllahALPHA LIPID ™ LIFELINE ™ dapat Membantu memulihkan pelbagai penyakit..insyaallah “MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MENGUBATI.

KELEBIHAN KOLOSTRUM ALPHA LIPID LIFELINE™
Mengandungi antibodi (Immunoglobulin) utk melawan pelbagai jenis jangkitan bakteria, virus dan pathogen
Meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit
Formula Alpha Lipid ™ 100% berkesan dan diserap cepat
Mengandungi Vitamin dan Zat Galian (Kalsium dll) semulajadi cukup utk keperluan harian
Mengandungi bacteria semulajadi (Lactobasilus Acidophilus dan Bifidobacterium) bagus utk fungsi normal usus
Mengandungi Faktor Pertumbuhan (Growth factor) yg penting utk proses pemulihan sel dan anti penuaan (anti-aging)
Sangat sesuai utk ibu mengandung dan menyusu
Membantu mengurangkan berat badan, mengawal kandungan gula dlm darah.
Membantu memulihkan pelbagai penyakit kencing manis, darah tinggi,
gout, gastric, hepatitis, kurang darah, ketidaksuburan, dan pelbagai khasiat untuk tahap kesihatan terbaik manusia….
Alpha Lipid Lifeline
Produk Kesihatan yg Unggul
Selamat dan Tidak Toksik
Tidak Allergik
Kaya dengan Bahan Pemulih PenyakitMengandungi Probiotik
Bakteria Normal di saluran usus
Lactobacilli & Acidophilus
Menghalang Cirit Birit dan Masalah UsusVitamins & Minerals
Penting untuk Penjanaan Tenaga & Kesihatan
Membantu Proses Penghadaman
Memperbaiki tisu dan sel badan
Mengekalkan Kesihatan
Kalsium Tambahan untuk Tulang dan GigiKolostrum
Antibodi Tambahan dari Punca Semulajadi
Ia adalah Pemakanan Semulajadi yg Selamat
Sesuai untuk Semua Peringkat Umur
Apa Kesan Alpha Lipid?
Mempertingkat Penyerapan Usus
Meningkatkan Fungsi Pertahanan Badan
Meneutralkan Jangkitan Virus/Bakteria/Kulat
Mempercepatkan Pemulihan Luka Tisu
Membunuh Parasit dalam Badan
Meningkatkan Tenaga dan Kekuatan
Memperbaiki Masalah Sembelit
Meningkatkan Ton Kulit dan Elastik
Menstabilkan Emosi dan Tekanan
Menstabilkan Paras Gula Dalam Darah
Meningkatkan Keupayaan Minda
Mengurangkan Risiko Sakit Jantung
Meningkatkan Prestasi Fizikal
Mengandungi Bahan Awet Muda
Mengandungi Bahan Anti-Inflamasi(AntiRadang)
Meningkatkan Kesihatan Gigi dan Tulang

Dari Mana Datangnya Colostrum ALPHA LIPID?
Lembu-Lembu New Zealand
Susu Awal Lembu (susu yg mula-mula keluar)
Dikilangkan oleh pengeluar kolostrum terbesar di dunia, New Image International, Auckland, New ZealandKenapa New Zealand?
Lembu yang Tiada Penyakit Merbahaya
Dipasturkan
Dikumpul Segar dari Ladang
Diproses Segar
Dipasturkan secara “Flash low temperature”
Dikilangkan secara Suhu Rendah / Tekanan Rendah
Pengilangan Menurut Spesifikasi GMP menurut Piawai AntarabangsaBagaimana ALPHA LIPID bertindak?
Bertindak di Saluran Pemakanan USUS
Menyuci
Menyembuhkan
MempertahankanBagamana Untuk Mengambilnya?
Alpha Lipid dibekalkan dalam bentuk serbuk/powder
Ambil 1 1/2 sudu yg dibekalkan dan dicampur dengan air sejuk/mineral

DILARANG MENGGUNAKAN AIR SUAM ATAU PANAS
Boleh Dicampur dengan Susu, Jus atau Air Biasa
Elok dibuat sebagai Ais Krim Smoothies
Sebaik-baiknya Ambil Sewaktu Perut Kosong
Seelok-eloknya Campur dan Goncang dgn “Shaker”
Sebaik-baiknya ambil selepas Subuh atau Sebagai Sarapan PagiProses PemulihanKolostrum Alphalipid merupakan makanan tambahan bukan toksik, bukan alergik dan tidak bertindakbalas dengan makanan tambahan serta dadah lain. Walau bagaimanapun sesetengah orang akan mengalami beberapa reaksi atau tindakbalas yang positif semasa proses pemulihan seperti:

TINDAKBALAS (SEMENTARA) & PROSES PEMULIHAN
Mengantuk dan keletihan - Proses penggantian tisu-tisu badan yang disebabkan penyakit.
Berpeluh , demam dan sakit kepala - Proses peningkatan kadar ######bolisme dalam badan akibat daripada permbuangan toksik melalui saluran perkumuhan.
Gatal, kerap buang air kecil atau besar - Proses penyingkiran bahan buangan yang lama terkumpul seperti ######bolit logam berat an lain-lain bahan yang tidak diperlukan oleh badan.
sakit perut, sakit otot, loya dan denyutan jantung yang laju - Proses penyembuhan , pembaharuan dan penyimpanan sel-sel baru.


Kalau sesapa nak tahu lebih lanjut nanti bgtahu matun yer...matun belum cuba so matun tak berani nak rekemen. Kena tanya pada yang profesional...